Diet Dapat Menghilangkan Jerawat
Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat
adalah mengawal cara pemakanan kita atau lebih dikenali sebagai diet.
Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah
faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.
Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan
obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat
membantu merawat jerawat.
Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang
terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan empat
faktor pemakanan untuk merawat jerawat.
Empat pemakanan tersebut adalah:
1. Kurangkan pengambilan gula
Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada
kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor
menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh
menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula
berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.
2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh
Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga
mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda
dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang
dimasak sup daripada bergoreng.
3. Vitamin untuk mencegah jerawat
Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang
paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik
makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti
betik, pisang dan apple.
4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.
Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia
adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat
memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat
pelbagai penyakit temasuklah jerawat.
Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahasia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, jangan lupa amalkan ya! supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa.
emmmm
BalasHapus